JPMC adakan Majlis Doa Selamat bagi bakal jemaah haji




Siaran Akhbar dan Foto : Pusat Perubatan Jerudong Park





JERUDONG, Sabtu, 2 Mei. - Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) melalui Jabatan Sumber Manusia dengan kerjasama Jawatankuasa Sahabat Ibadah Hospital (IFH) hari ini mengadakan Majlis Doa Selamat bagi lapan orang kakitangan JPMC dan Gleneagles JPMC yang akan menunaikan ibadah haji tahun ini, bertempat di Lounge JPMC, Jerudong.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, selaku Pengerusi Lembaga Eksekutif JPMC.


Juga hadir. Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr. Peter Tay Boon Chye; serta Pasukan Pengurusan Kanan JPMC dan Gleneagles JPMC, ketua-ketua jabatan, dan kakitangan dari JPMC dan Gleneagles JPMC.


Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Pendidikan Agama JPMC, Awang Amir Ridzuan bin Haji Tengah.


Ini diikuti dengan penyampaian sumbangan kepada lapan bakal jemaah haji, serta bacaan Doa Kesyukuran bagi memohon keberkatan dan perlindungan dalam perjalanan mereka.


Penyampaian sumbangan tersebut sebagai tanda sokongan dan restu kepada para kakitangan.


JPMC terus komited dalam menyokong kesejahteraan rohani dan penglibatan komuniti melalui penganjuran majlis-majlis bermakna yang menyatukan masyarakat dan meraikan nilai-nilai murni yang dikongsi bersama.


Close